Pengenalan
1. Sistem Bahasa Melayu terdiri daripada binaan ayat, frasa dan bunyi bahasa.
2. Sistem Bahasa Melayu merangkumi empat bidang iaitu fonologi, morfologi,
sintaksis dan semantik.
• Fonologi - Bidang kajian bunyi-bunyi bahasa dan lambang-lambang.
• Morfologi - Bidang kajian kata dari segi pembentukan, jenis dan aspek-
berkaitan kata.
• Sintaksis -Kajian tentang ayat yang merangkumi pembentukan, jenis
dan golongan serta kajian tentang ayat.
• Semantik - Kajian yang merangkumi penggunaan kata berpandukan
makna.
Tatabahasa
Pengenalan
• ia merangkumi pembentukan kata serta proses pembinaan ayat.
• tatabahasa melibatkan pembentukan kata, frasa, klausa dan ayat.
• bunyi bahasa adalah unsur-unsur pembentukan kata.
• wacana hasil himpunan ayat-ayat.
Latar Belakang Tatabahasa
• tatabahasa sebahagian daripada kajian bahasa.
• bentuk kata ada kaitan dengan Morfologi.
• binaan kata ialah kata-kata dalam fungsi dan peranan dalam ayat.
• penggolongan kata - proses menjeniskan perkataan berdasarkan bentuk dan fungsi
perkataan dalam golongan yang sama.
• struktur kata - binaan ayat-ayat yang dihasilkan oleh alat-alat pertuturan manusia dan
menjadi unti bahasa yang bermakna.
Definisi Tatabahasa
• merupakan pengetahuan tentang pembentukan kata dan proses penyusunan
kata dalam ayat.
• tatabahasa Bahasa Melayu meliputi bidang kajian Morfologi dan sintaksis.
Kata nama terbahagi kepada dua iaitu:
A)Kata Nama Am
B)Kata Nama Khas
Kata Nama Am
• Kata nama am ialah kata yang merujuk kepada manusia,haiwan,
tumbuhan,tempat dan benda .
• Huruf pertama pada kata nama am mesti ditulis dengan huruf kecil kecuali pada permulaan
ayat .
Kata Nama Am
|
Contoh
|
manusia
|
posmen ,guru , murid,pekebun ,polis ,bomba dan sebagainya.
|
binatang
|
ayam ,harimau , ikan ,burung , kucing , dan sebagainya.
|
tumbuh-tumbuhan
|
ros , lalang , kelapa , dan sebagainya.
|
tempat
|
kampung , bandar ,sekolah ,bilik dan sebagainya.
|
benda
|
pen , radio ,buku ,cawan , dan sebagainya.
|
Ayat Contoh Kata Nama Am:
1. Azmi memelihara seekor kucing.
2. Faiz bercita-cita hendak menjadi doktor.
2. Faiz bercita-cita hendak menjadi doktor.
3. Saya gemar makan masakan nenek.
4. Puan Azna membeli sebuah basikal baru.
4. Puan Azna membeli sebuah basikal baru.
5. Encik Fauzi tinggal di sebuah rumah yang besar.
6. Saya suka bersiar-siar di tepi pantai.
7. Aqil memelihara seekor arnab.
• Kata nama khas ialah kata yang khususnya merujuk kepada
manusia,haiwan, judul, tempat dan benda .
• Huruf pertama pada kata nama khas mesti ditulis dengan huruf besar
kecuali pada permulaan ayat .
Kata Nama Khas
|
Contoh
|
manusia
|
Mohd Jasminizam , Mei Lan ,Alya ,Aqil dan sebagainya.
|
binatang
|
Si Comel , Si Belang , Sang Kancil dan sebagainya .
|
judul
|
Berlari Ke Langit , Rumah Tok Wan , dan sebagainya.
|
tempat
|
Kota Bharu , Pahang ,Taman Alamanda , dan sebagainya.
|
benda
|
Rolex , Bonia ,Adidas ,Proton Saga dan sebagainya.
|
Ayat Contoh Kata Nama Khas:
1. Pak Kassim sangat dihormati orang-orang kampungnya.
2. Monyet peliharaan Saiful digelar ’Si Abot ’.
3. Ibu gemar menggunakan rempah kari Adabi di dalam masakannya.
4. Tanah Tinggi Cameron ialah tempat peranginan yang berhawa sejuk.
5. Nama saya Marlisha.
6. Saya tinggal di Taman Alamanda.
7. Kawan baik saya Alya.
Perbandingan Kata Nama Am dan Kata Nama Khas
Kegunaan
|
Kata Nama Am
|
Kata Nama Khas
|
Benda
|
bangunan
kereta
buku
sekolah
|
Bangunan Tabung Haji
Proton Wira
Bahasa Melayu
S.K. Sri Mawar
|
Orang
|
doktor
kerani
guru
budak lelaki
|
Doktor Ilyas
Puan Zaimainah
Cikgu Rohana
Muhamad Aqil
|
Binatang
|
kucing
lembu
katak
ayam
burung
|
Si Comel
Lembu Sapi
Katak Puru
Ayam Belanda
Burung Murai
|
Tempat
|
negeri
bandar
kampung
tasik
|
Pahang
Kuantan
Kampung Tanjung Pulai
Tasik Permaisuri
|
Tumbuhan
|
pisang
cili
jambu
limau
|
Pisang Tanduk
Cili Padi
Jambu Batu
Limau Kasturi
|
CONTOH-CONTOH SOALAN
A) Baca perkataan-perkataan di bawah ini.Kemudian,tulis mengikut
kumpulannya.
kumpulannya.
guru, Taman Budaya, kereta, Salmah,
kucing, Proton Wira, kampung, Si Tompok,
|
Kata Nama Khas
|
Kata Nama Am
| |
1.Tempat
| ||
2.Orang
| ||
3.Benda
| ||
4.Binatang
|
B) Isikan tempat kosong dengan kata nama khas yang betul.
Hospital Kuala Lumpur Jun Pulau Langkawi
Amira Proton Saga
|
1. Selepas bulan Mei ialah bulan .................................... .
2. Datuk sedang dirawat di ............................................. .
3. Ayah membeli sebuah kereta ..................................... .
4. Kami pergi bercuti ke ................................................... .
5. ....................... pergi ke perpustakaan untuk mengulang kaji pelajaran.
C) Isikan tempat kosong dengan kata nama am yang betul.
padang burung polis kereta perahu sampah
|
1. Anie sedang menyapu .......................... di halaman rumah.
2. .......................... itu hanyut ke tengah laut.
3. ............................ itu berjaya menangkap pencuri yang memasuki
rumah jiran saya.
rumah jiran saya.
4. ......................... itu telah mati kerana ditembak oleh pemburu.
5. Azman sedang bermain bola sepak di ............................... .
6. Nizam membeli sebuah ................... kereta berwarna biru.
D) Isi tempat kosong di bawah ini dengan kata nama am yang betul.
otak pelangi guru
tudung saji gergaji bangku
|
1. Kebanyakan .......................... di taman itu telah dirosakkan oleh budak-
budak jahat.
2. Selepas hujan turun,..................... akan kelihatan di langit .
3. Orang yang selalu bersenam mempunyai .................. yang cergas .
4. Tukang kayu menggunakan ....................... untuk memotong kayu .
5. Makanan mestilah ditutup dengan ..................... untuk mengelakkan
daripada dihinggapi lalat.
daripada dihinggapi lalat.
6. .................... mengajar dan mendidik kita supaya menjadi manusia yang
berguna.
berguna.
E) Lengkapkan ruangan ”Maklumat Diri” ini.
1. Nama saya ialah .................................... .
2. Saya dilahirkan di ...................................... .
3. Bapa saya bernama ..................................... .
4. Ibu saya pula bernama .............................. .
5. Sekolah saya terletak di ............................................ .
6. Mata pelajaran yang paling saya gemari ialah ....................................... .
7. Pada musim cuti sekolah,saya dan keluarga akan pulang ke kampung yang
terletak di negeri ................................... .
terletak di negeri ................................... .
Tiada ulasan:
Catat Ulasan