Sirih berlipat sirih pinang
Sirih dari Pulau Mutiara
Pemanis kata selamat datang
Awal Bismillah pembuka bicara
Tetak buluh panjang suluh
Mari jolok sarang penyengat
Angkat doa jari sepuluh
Doa minta biar selamat
Tuailah padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Intailah kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan
Kalau hendak mendidik seseorang hendaklah ketika dia masih muda supaya mudah diasuh dan dinasihati.
Selasa, 13 Disember 2011
Ahad, 11 Disember 2011
Pengenalan
1. Sistem Bahasa Melayu terdiri daripada binaan ayat, frasa dan bunyi bahasa.
2. Sistem Bahasa Melayu merangkumi empat bidang iaitu fonologi, morfologi,
sintaksis dan semantik.
• Fonologi - Bidang kajian bunyi-bunyi bahasa dan lambang-lambang.
• Morfologi - Bidang kajian kata dari segi pembentukan, jenis dan aspek-
berkaitan kata.
• Sintaksis -Kajian tentang ayat yang merangkumi pembentukan, jenis
dan golongan serta kajian tentang ayat.
• Semantik - Kajian yang merangkumi penggunaan kata berpandukan
makna.
Tatabahasa
Pengenalan
• ia merangkumi pembentukan kata serta proses pembinaan ayat.
• tatabahasa melibatkan pembentukan kata, frasa, klausa dan ayat.
• bunyi bahasa adalah unsur-unsur pembentukan kata.
• wacana hasil himpunan ayat-ayat.
Latar Belakang Tatabahasa
• tatabahasa sebahagian daripada kajian bahasa.
• bentuk kata ada kaitan dengan Morfologi.
• binaan kata ialah kata-kata dalam fungsi dan peranan dalam ayat.
• penggolongan kata - proses menjeniskan perkataan berdasarkan bentuk dan fungsi
perkataan dalam golongan yang sama.
• struktur kata - binaan ayat-ayat yang dihasilkan oleh alat-alat pertuturan manusia dan
menjadi unti bahasa yang bermakna.
Definisi Tatabahasa
• merupakan pengetahuan tentang pembentukan kata dan proses penyusunan
kata dalam ayat.
• tatabahasa Bahasa Melayu meliputi bidang kajian Morfologi dan sintaksis.
Kata nama terbahagi kepada dua iaitu:
A)Kata Nama Am
B)Kata Nama Khas
Kata Nama Am
• Kata nama am ialah kata yang merujuk kepada manusia,haiwan,
tumbuhan,tempat dan benda .
• Huruf pertama pada kata nama am mesti ditulis dengan huruf kecil kecuali pada permulaan
ayat .
Kata Nama Am
|
Contoh
|
manusia
|
posmen ,guru , murid,pekebun ,polis ,bomba dan sebagainya.
|
binatang
|
ayam ,harimau , ikan ,burung , kucing , dan sebagainya.
|
tumbuh-tumbuhan
|
ros , lalang , kelapa , dan sebagainya.
|
tempat
|
kampung , bandar ,sekolah ,bilik dan sebagainya.
|
benda
|
pen , radio ,buku ,cawan , dan sebagainya.
|
Ayat Contoh Kata Nama Am:
1. Azmi memelihara seekor kucing.
2. Faiz bercita-cita hendak menjadi doktor.
2. Faiz bercita-cita hendak menjadi doktor.
3. Saya gemar makan masakan nenek.
4. Puan Azna membeli sebuah basikal baru.
4. Puan Azna membeli sebuah basikal baru.
5. Encik Fauzi tinggal di sebuah rumah yang besar.
6. Saya suka bersiar-siar di tepi pantai.
7. Aqil memelihara seekor arnab.
• Kata nama khas ialah kata yang khususnya merujuk kepada
manusia,haiwan, judul, tempat dan benda .
• Huruf pertama pada kata nama khas mesti ditulis dengan huruf besar
kecuali pada permulaan ayat .
Kata Nama Khas
|
Contoh
|
manusia
|
Mohd Jasminizam , Mei Lan ,Alya ,Aqil dan sebagainya.
|
binatang
|
Si Comel , Si Belang , Sang Kancil dan sebagainya .
|
judul
|
Berlari Ke Langit , Rumah Tok Wan , dan sebagainya.
|
tempat
|
Kota Bharu , Pahang ,Taman Alamanda , dan sebagainya.
|
benda
|
Rolex , Bonia ,Adidas ,Proton Saga dan sebagainya.
|
Ayat Contoh Kata Nama Khas:
1. Pak Kassim sangat dihormati orang-orang kampungnya.
2. Monyet peliharaan Saiful digelar ’Si Abot ’.
3. Ibu gemar menggunakan rempah kari Adabi di dalam masakannya.
4. Tanah Tinggi Cameron ialah tempat peranginan yang berhawa sejuk.
5. Nama saya Marlisha.
6. Saya tinggal di Taman Alamanda.
7. Kawan baik saya Alya.
Perbandingan Kata Nama Am dan Kata Nama Khas
Kegunaan
|
Kata Nama Am
|
Kata Nama Khas
|
Benda
|
bangunan
kereta
buku
sekolah
|
Bangunan Tabung Haji
Proton Wira
Bahasa Melayu
S.K. Sri Mawar
|
Orang
|
doktor
kerani
guru
budak lelaki
|
Doktor Ilyas
Puan Zaimainah
Cikgu Rohana
Muhamad Aqil
|
Binatang
|
kucing
lembu
katak
ayam
burung
|
Si Comel
Lembu Sapi
Katak Puru
Ayam Belanda
Burung Murai
|
Tempat
|
negeri
bandar
kampung
tasik
|
Pahang
Kuantan
Kampung Tanjung Pulai
Tasik Permaisuri
|
Tumbuhan
|
pisang
cili
jambu
limau
|
Pisang Tanduk
Cili Padi
Jambu Batu
Limau Kasturi
|
CONTOH-CONTOH SOALAN
A) Baca perkataan-perkataan di bawah ini.Kemudian,tulis mengikut
kumpulannya.
kumpulannya.
guru, Taman Budaya, kereta, Salmah,
kucing, Proton Wira, kampung, Si Tompok,
|
Kata Nama Khas
|
Kata Nama Am
| |
1.Tempat
| ||
2.Orang
| ||
3.Benda
| ||
4.Binatang
|
B) Isikan tempat kosong dengan kata nama khas yang betul.
Hospital Kuala Lumpur Jun Pulau Langkawi
Amira Proton Saga
|
1. Selepas bulan Mei ialah bulan .................................... .
2. Datuk sedang dirawat di ............................................. .
3. Ayah membeli sebuah kereta ..................................... .
4. Kami pergi bercuti ke ................................................... .
5. ....................... pergi ke perpustakaan untuk mengulang kaji pelajaran.
C) Isikan tempat kosong dengan kata nama am yang betul.
padang burung polis kereta perahu sampah
|
1. Anie sedang menyapu .......................... di halaman rumah.
2. .......................... itu hanyut ke tengah laut.
3. ............................ itu berjaya menangkap pencuri yang memasuki
rumah jiran saya.
rumah jiran saya.
4. ......................... itu telah mati kerana ditembak oleh pemburu.
5. Azman sedang bermain bola sepak di ............................... .
6. Nizam membeli sebuah ................... kereta berwarna biru.
D) Isi tempat kosong di bawah ini dengan kata nama am yang betul.
otak pelangi guru
tudung saji gergaji bangku
|
1. Kebanyakan .......................... di taman itu telah dirosakkan oleh budak-
budak jahat.
2. Selepas hujan turun,..................... akan kelihatan di langit .
3. Orang yang selalu bersenam mempunyai .................. yang cergas .
4. Tukang kayu menggunakan ....................... untuk memotong kayu .
5. Makanan mestilah ditutup dengan ..................... untuk mengelakkan
daripada dihinggapi lalat.
daripada dihinggapi lalat.
6. .................... mengajar dan mendidik kita supaya menjadi manusia yang
berguna.
berguna.
E) Lengkapkan ruangan ”Maklumat Diri” ini.
1. Nama saya ialah .................................... .
2. Saya dilahirkan di ...................................... .
3. Bapa saya bernama ..................................... .
4. Ibu saya pula bernama .............................. .
5. Sekolah saya terletak di ............................................ .
6. Mata pelajaran yang paling saya gemari ialah ....................................... .
7. Pada musim cuti sekolah,saya dan keluarga akan pulang ke kampung yang
terletak di negeri ................................... .
terletak di negeri ................................... .
Sabtu, 10 Disember 2011
Contoh karangan Bahasa Melayu dan Peribahasa
Tajuk : Aku sehelai baju
Setelah lima hari berada di situ, aku telah dibeli oleh seorang gadis bernama Linda. Linda memakaiku pada majlis hari jadinya. Sebaik sahaja kawan -kawan Linda melihat diriku mereka semua memuji kecantikan yang aku miliki.
Selang beberapa bula, Linda ingin memakaiku sekali lagi. Apabila melihat badanku berkedut, dia mengambil seterika lalu menggosokku.
Ketika badanku diseterika, telefon berdering. Linda berlari meninggalkan aku sehingga terlupa untuk menutup suis seterika. Badanku mula terasa panas. Aku cu ba menahan keperitan, tetapi akhirnya aku hanya
mampu menangis kerana terlampau sakit. Lama -kelamaan sebahagian badanku terbakar.
Apabila terhidu bau benda terbakar, Linda tergesa -gesa mendapatkanku. Tetapi sudah terlambat kerana aku tidak boleh diselamatkan lagi. Kini aku hanya menjadi penghuni setia almari usang.
Tajuk: Sang Monyet Dan Kura-Kura
Di dalam sebuah hutan,tinggal Sang Monyet yang sombong.Monyet-monyet yang lain menjauhkan diri daripadanya kerana tidak suka akan sikapnya itu.Sang Monyet juga kedekut.Dia tidak gemar berkongsi buah-buahan dengan rakan-rakannya.
Suatu hari,Sang monyet berehat di atas pokok di tepi sungai.Sang Monyet ternampak seekor kura-kura terkial-kial menarik sebatang pokok pisang itu.
Sang Monyet turun dari pokok seraya mendapatkan kura-kura 'Mengapakah kamu bertungus lumus menarik pokok pisang ini?Lagipun,pokok ini tidak berbuah hanya ada daun sahaja'
'Saya menanam pokok ini.Apabila pokok ini besar,tentulah pokok ini akan mengeluarkan buah.Dapatlah saya merasa hasilnya nanti'jawab kura-kura.
'Jika kita mengambil pucuk pokok ini besar,tentulah aku dahulu dapat makan buahnya,'kata sang monyet dalam hatinya.
'Sang Monyet' menawarkan bantuan untuk menarik batang pokok itu tetapi kita mengenakan syarat kepada kura-kura.'Pokok pisang ini mesti dibahagi dua bahagian,'katanya.Kura-kura bersetuju.
'Sang monyet memotong pokok pisang itu.Bahagian pucuk diambilnya lalu ditanam manakala bahagian batang diberikannya kepada Kura-kura.Keesokannya,Sang Monyet terkejut apabila melihat pucuk pisang kuning.Sebaliknya,pokok pisang kura-kura mulai bertunas.Beberapa bulan kemudian,buah-buah pisang kepunyaan kura-kura mulai masak.
'Sedarlah Sang Monyet bahawa perbuatan yang tamak itu telah menyebabkan dirinya kerugian. sekian terima kasih..
ORANG YANG TAMAK SELALU RUGI
SEKIAN TERIMA KASIH ......
Tajuk: Melentur Buluh Biarlah Dari rebungnya
Peribahasa Melayu 'melentur buluh biarlah daripada rebungnya' bermaksud mendidik anak supaya menjadi baik hendaklah semenjak dari kecil lagi.Berikut adalah kisah seorang ibu mendidik anaknya sejak kecil lagi.
Mak Cik Bedah seorang ibu tunggal yang mempunyai seorang anak sahaja.Kehidupan dia dan anaknya seperti 'kais pagi makan pagi,kais petang makan petang'.Namun,dia tabah menghadapi segala dugaan.
Walaupun kehidupannya tidak seberapa,tetapi dia tidak mengabaikan tentang pelajaran dan persekolahan anaknya.Dia sering menasihati anaknya supaya belajar bersungguh-sungguh dan berharap anaknya itu akan mengubah hidup mereka.Dia hanya bekerja menjual kuih-muih dan nasi lemak setiap pagi.Dengan pendapatan yang tidak seberapa itulah dia menyekolahkan dan membesarkan anaknya itu.
Mak Cik Bedah mendidik anaknya dengan ilmu dunia dan akhirat.Dia ingin menjadikan anaknya itu pintar dan berbudi bahasa.Dia sering berkata kepada anaknya 'berusahalah seolah-olah kamu akan hidup seribu tahun lagi'.Dia mahu anaknya berjaya dan hidup senang dalam kehidupan.
Kini,anaknya menjawat jawatan tinggi di sebuah syarikat.Tambahan pula,syarikat itu milik anaknya sendiri.Anaknya mempunyai sahsia yang baik.Kejayaan ini juga menyebabkan kehidupan Mak Cik Bedah dan anaknya berubah.Dia dan anaknya kini hidup dengan kemewahan dan kesenangan.Mak Cik Bedah berasa sangat bersyukur dan bangga dengan anaknya itu.
Benarlah peribahasa Melayu yang menyatakan 'meluntur buluh biarlah dari rebungnya'.Sekiranya anak itu dididik denagn penuh kasih sayang dan didikan yang baik sejak kecil lagi,ia akan berguna kepada masyarakat kelak.
- PERKATAAN BERWARNA MERAH ADALAH KATA NAMA KHAS.
- PERKATAAN BERWARNA HIJAU ADALAH KATA NAMA AM.
CONTOH-CONTOH 30 MACAM PERIBAHASA
CONTOH:
(peribahasa)=(Maksud peribahasanya)
1. Ada air ada ikan = Dimanapun kita tinggal,rezeki akan selalu ada.
2. Ada gula ada semut = Dimana banyak kesenangan disitulah banyak orang datang.
3. Ada rotan ada duri = Kesenangan tentu ada kesusahan.
6. Air beriak tanda tak dalam= Orang yang banyak bicara atau sombong biasanya
kurang ilmunya.
7. Air cucuran atap jatuh ke pelimbahannya= Biasanya sifat menurut teladan orang
tuanya.
8. Air di daun keladi= Sukar di ajar atau dinasihati.
9. Air di cencang tiada putus= Persaudaraan tidak akan putas karena hanya
perselisihian kecil.
10. Air jernih ikannya jinak= Negeri yang serba teratur dengan penduduknya yang
serba baik,baik pula budi bahasanya.
11. Air pun ada pasang surutnya= Senang dan susah selalu silih berganti
12. Air susu dibalas dengan air tuba= Perbuatan baik dibalas dengan perbuatan jahat.
13. Air tenang biasanya menghanyutkan= Orang yang pendiam biasanya banyak
pengetahuannya.
14. Air yang tenang jangan disangka tiada berbuaya= Orang pendiam jangan
disangka tidak berani.
15. Api dalam sekam= Hal-hal tidak baik yang tidak tampak dan bahkan semakin
membahayakan.
16. Asam di darat,ikan di laut bertemu di belanga= Laki-laki dan perempuan kalau
sudah jodoh pasti akan bertemu
juga.
17. Bagai anjing beranak enam= Kurus sekali.
18. Bagai di sayap dengan sembilu= Rasa hati yang sangat pedih.
19. Bagai duri di dalam daging= Suatu yang selalu menyakitkan hati dan mengganggu
fikiran.
20. Bagai itik pulang petang= Sangat lambat jalannya.
21. Bagai mendapat durian runtuh= Mendapat keuntungan yang tidak disangka-
sangka.
22. Bagai menulis di atas air= Melakukan pekerjaan yang sangat sukar atau membawa
mustahil secara hasil.
23. Bagai pinang dibelah dua= Sama persis.
24. Bagai rambut di belah seribu= Sedikit sekali.
25. Bagai rumah di tepi tebing= Selalu dalam kecemasan dan ketakutan.
26. Bagai telur di hujung tanjuk= Terancam bahaya.
27. Bagaimana ditanam begitulah dituai= Tiap-tiap orang berbuat jahat,jahatlah
balasannya,begitu sebaliknya.
28. Bahasa menunjukkan bangsa= Budi bahasa atau perangai serta tutur kata
menunjukkan sifat serta tabiatnya.
29. Bab ilmu padi,kian berisi kian runduk= Makin berilmu tidak sombong.
30. Anak bapak= Anak lelaki yang berani
(peribahasa)=(Maksud peribahasanya)
1. Ada air ada ikan = Dimanapun kita tinggal,rezeki akan selalu ada.
2. Ada gula ada semut = Dimana banyak kesenangan disitulah banyak orang datang.
3. Ada rotan ada duri = Kesenangan tentu ada kesusahan.
4. Ada ubi ada talas,ada budi ada balas=Kejahatan dibalas dengan
kejahatan,kebaikkan dibalas dengan kebaikkan.
5. Ada udang di balik batu= Ada suatu maksud yang tersembunyi.6. Air beriak tanda tak dalam= Orang yang banyak bicara atau sombong biasanya
kurang ilmunya.
7. Air cucuran atap jatuh ke pelimbahannya= Biasanya sifat menurut teladan orang
tuanya.
8. Air di daun keladi= Sukar di ajar atau dinasihati.
9. Air di cencang tiada putus= Persaudaraan tidak akan putas karena hanya
perselisihian kecil.
10. Air jernih ikannya jinak= Negeri yang serba teratur dengan penduduknya yang
serba baik,baik pula budi bahasanya.
11. Air pun ada pasang surutnya= Senang dan susah selalu silih berganti
12. Air susu dibalas dengan air tuba= Perbuatan baik dibalas dengan perbuatan jahat.
13. Air tenang biasanya menghanyutkan= Orang yang pendiam biasanya banyak
pengetahuannya.
14. Air yang tenang jangan disangka tiada berbuaya= Orang pendiam jangan
disangka tidak berani.
15. Api dalam sekam= Hal-hal tidak baik yang tidak tampak dan bahkan semakin
membahayakan.
16. Asam di darat,ikan di laut bertemu di belanga= Laki-laki dan perempuan kalau
sudah jodoh pasti akan bertemu
juga.
17. Bagai anjing beranak enam= Kurus sekali.
18. Bagai di sayap dengan sembilu= Rasa hati yang sangat pedih.
19. Bagai duri di dalam daging= Suatu yang selalu menyakitkan hati dan mengganggu
fikiran.
20. Bagai itik pulang petang= Sangat lambat jalannya.
21. Bagai mendapat durian runtuh= Mendapat keuntungan yang tidak disangka-
sangka.
22. Bagai menulis di atas air= Melakukan pekerjaan yang sangat sukar atau membawa
mustahil secara hasil.
23. Bagai pinang dibelah dua= Sama persis.
24. Bagai rambut di belah seribu= Sedikit sekali.
25. Bagai rumah di tepi tebing= Selalu dalam kecemasan dan ketakutan.
26. Bagai telur di hujung tanjuk= Terancam bahaya.
27. Bagaimana ditanam begitulah dituai= Tiap-tiap orang berbuat jahat,jahatlah
balasannya,begitu sebaliknya.
28. Bahasa menunjukkan bangsa= Budi bahasa atau perangai serta tutur kata
menunjukkan sifat serta tabiatnya.
29. Bab ilmu padi,kian berisi kian runduk= Makin berilmu tidak sombong.
30. Anak bapak= Anak lelaki yang berani
Langgan:
Catatan (Atom)